Pejabat Timbalan Pengarah

PENGENALAN

Pejabat Timbalan Pengarah (PTP) Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) merupakan satu unit khas yang ditubuhkan & bertanggungjawab dalam membantu Timbalan Pengarah bagi mengurus, memantau dan menyelia pelan strategi serta hala tuju PPKT dalam dari aspek pengurusan & pentadbiran PPKT disamping menyokong aspek pengajaran & pembelajaran serta pembangunan insan.

 

OBJEKTIF

  • Membantu Timbalan Pengarah & pihak pengurusan PPKT dalam melaksanakan dasar & pelan strategic ICT PPKT
  • Pengurusan Pentadbiran & Sumber Manusia
  • Pengurusan Kewangan & Kawalan Inventori
  • Pengurusan Imej Korporat PPKT
  • Pengurusan Jawatankuasa Penggerak PPKT
  • Pengurusan Sokongan Akademik & E-Pembelajaran (Pengajaran & Pembelajaran)
  • Pengurusan Latihan & Pembangunan Insan

 

PERANAN & FUNGSI

  • Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan perkhidmatan
  • Merancang, mengurus dan menyelaras belanjawan tahunan mengikut keperluan jabatan dan universiti serta menguruskan perolehan PPKT mengikut kelulusan bajet yang diperuntukan
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan dalaman dan luaran, menyalurkan maklumat serta pengurusan imej dan identiti PPKTke arah kecemerlangan
  • Merancang dan menyelaras aktiviti perundingan penjanaan kewangan PPKT dibawah Jawatankuasa NEGOPPKT
  • Merancang, menyelaras & menguruskan aktiviti rasmi PPKT
  • Pengurusan Imej Korporat PPKT & Khidmat Pelanggan
  • Menyelaras, menyelia, memantau, dan memberikan sokongan akademik secara teknikal kepada Sistem E-Pembelajaran Kampus Kesihatan
  • Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, menganalisa, menganjur dan menjalankan aktiviti penambahbaikan secara berterus melalui kursus dan latihan kepada staf PPKT dan Staf Kampus Kesihatan