PPKT Kampus Kesihatan  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Seksyen Infostruktur

PENGENALAN

Seksyen Infostruktur merupakan satu seksyen di bawah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan. Perkhidmatan utama Seksyen Infostruktur adalah mengurus, menyelenggara dan menyediakan bantuan teknikal untuk sistem rangkaian, keselamatan ICT, telekomunikasi, pusat data dan pangkalan data di Kampus Kesihatan

OBJEKTIF

  • Membantu Timbalan Pengarah & pihak pengurusan PPKT dalam melaksanakan dasar & pelan strategic ICT PPKT
  • Menyediakan dan mengurus sistem rangkaian dan telekomunikasi secara menyeluruh termasuk pemasangan dan sokongan teknikal
  • Menyelaras sistem sidang video dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal
  • Mengurus dan mengawalselia sistem rangkaian dan Internet dalaman dan luar kampus
  • Bertanggungjawab membuat hebahan dan makluman sekiranya terdapat ancaman yang berisiko menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT, telekomunikasi, sistem pengoperasian dan sistem aplikasi di USM Kampus Kesihatan.
  • Merangka strategi pengurusan operasi pusat data secara menyeluruh
  • Memastikan perkhidmatan operasi sistem rangkaian, telekomunikasi dan pusat data berjalan dengan lancar untuk menyokong operasi pentadbiran PTJ, perkhidmatan HUSM serta pengajaran dan pembelajaran di Kampus Kesihatan

PERANAN & FUNGSI

Sistem Rangkaian

  • Menguruskan rekod DNS bagi KK.USM.MY.
  • Menguruskan pembahagian IP statik dan DHCP.
  • Menguruskan konfigurasi perkakasan rangkaian.
  • Merekabentuk routing rangkaian kampus kesihatan.
  • Menyediakan capaian ke Rangkaian MYREN dan 1Gov*Net.
  • Menyediakan capaian oleh pengguna di luar kampus ke rangkaian USMNet secara selamat melalui penggunaan VPN (Virtual Private Network).
  • memantau tahap penggunaan, kesediaan setiap peralatan dan rangkaian melalui laporan NAGIOS.
  • Mengurus pengguna dan konfigurasi WIFI kampus kesihatan (WIFI Controller).
  • Mengurus liputan WIFI di kampus kesihatan.
  • Sentiasa memantau tahap penggunaan dan kesediaan peralatan dan liputan WIFI melaui
  • Laporan Prime dan WISM.

Keselamatan ICT

  • Menguruskan pemasangan, pengemaskinian serta konfigurasi antivirus ESET
  • Menyediakan dan Mengurus Penyelesaian Anti-Spam dengan bantuan Unit Keselamatan ICT Induk.
  • Memantau tahap keselamatan ICT melalui laporan daripada Forti Analyzer dan Baracuda Spam Gateway.

 

Telekomunikasi

  • Menyediakan dan mengurus Infrastruktur Telefon
  • Menguruskan telesidang
  • Pengurusan nombor telefon merangkumi peruntukan nombor sambungan (extension), naiktaraf kategori nombor, pindahan nombor mengikut lokasi pemohon, hunting, diversion dan penamatan nombor telefon.

Operasi Pusat Data

  • Menyediakan capaian oleh pengguna di luar kampus ke rangkaian USMNet secara selamat melalui perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, aplikasi dan integrasi rangkaian mengikut spesifikasi yang ditetapkan secara Server Hosting.
  • Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan plan pemulihan bencana bagi setiap pelayan yang dipertanggungjawabkan.
  • Menyelaras dan mengurus ciri-ciri keselamatan asas (Baseline Security).
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang berkaitan dengan komputer pelayan.
  • Memastikan operasi dan fasiliti Pusat Data beroperasi dengan lancar 24 x 7 dan 365 hari.
  • Mengkaji dan merancang keperluan infrastruktur ICT untuk operasi sistem, perkakasan dan perisian.
  • Menyelia dan melaksanakan prosedur operasi Pusat Data bagi memastikan operasi Pusat Data adalah jelas, dipatuhi dan di laksana dengan lancar
  • Menyediakan dan mengemas kini dokumentasi serta menjalankan audit inventori perkakasan.
  • Mengkaji dan membuat analisa keperluan pengguna dari segi teknologi terkini.

Pengurusan Pangkalan Data

  • Menyediakan pangkalan data, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti, backup & recovery dan replikasi pangkalan data.
  • Menyediakan keperluan Pangkalan Data berasaskan MSSQL dan MySQL untuk aplikasi.
  • Menyediakan ruang storan, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti dan kesinambungan storan.
  • Merancang, mengkaji dan membuat analisis keperluan pengguna dari segi pemulihan bencana dan melaksanakan perancangan pemulihan bencana bagi memastikan operasi sistem-sistem berjalan dengan gangguan yang minima.
  • Mengkaji dan membuat analisa keperluan pengguna dari segi teknologi terkini.

Tech Talk

Coffee Break : What is Office 365 Planner
planner
Date : 25 Mac 2018
Time : 9.30am - 11.00am
Venue : Bilik Latihan PPKT
by : En. Mohd Nazri B Mat Husin

Hubungi Kami

Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Faks : +609-7671060
Email:

Pautan Kerajaan

mygovmscmqa

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Modified: 11 Jun 2018.