Gotong Royong Pindah Item Pelupusan

2 Ogos 2017 - Seksyen Sokongan Teknikal , PPKT Kampus Kesihatan telah melaksanakan satu sesi Gotong-Royong memindahkan perkakasan ICT hakmilik PPKT yang telah rosak dan dalam proses pelupusan daripada Stor Pelupusan PPKT Kampus Kesihatan ke Stor Lupus Jabatan Bendahari Kampus Kesihatan.

Sebanyak 292 item yang terdiri daripada CPU, Monitor dan Wireless Access Point telah dipindahkan sepanjang operasi gotong royong tersebut yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Pemindahan telah dibuat menggunakan lori pickup Jabatan Pembangunan. Kesemua item tersebut telah disusun dengan teratur mengikut kategori item di Stor Lupus Jabatan Bendahari dan dijangka akan dilupuskan dalam Mesyuarat Pelupusan Kampus Kali ke-16 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Semangat kerja berpasukan yang tinggi di kalangan staf PPKT telah membolehkan aktiviti gotong royong itu berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang.

pelupusan1

pelupusan 2

pelupusan 3