PPKT Kampus Kesihatan  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

"Bakul Kasih Ramadhan 2018"

IMG 0388

Kubang Kerian, 4 Jun 2018 – Satu Program Khidmat Komuniti PPKT - "Bakul Kasih Ramadan" telah dijalankan untuk tujuan meraikan golongan asnaf dan miskin tegar bagi meringankan beban mereka di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Program ini telah dikendalikan oleh Kelab PPKT 2018.

Program ini pada mulanya dijalankan dengan aktiviti kutipan sumbangan wang derma (#ramadhanBox) dikalangan semua staf PPKT Kampus Kesihatan. Melalui hasil kutipan sumbangan yang diperolehi ini, PPKT telah berjaya menyediakan sebanyak 25 bakul barangan dapur untuk keperluan harian yang berupa beras, minyak, gula, susu dan sebagainya.

 

IMG 0420

IMG 0395kecik

Program ini diteruskan dengan aktiviti pengagihan kepada golongan sasaran yang telah dikenalpasti. Antara kawasan pengagihan yang terlibat adalah kawasan Kota Bharu, Kuala Besar, Limbat, Bukit Marak, Lemal, Chetok dan Kbg Bemban. Proses pengagihan di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan dan proses ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 7 Jun.

IMG 0469

IMG 0478

Rata-rata penerima sumbangan amat berbesar hati menerima kunjungan daripada skuad pengagihan. Mereka amat terharu dengan sumbangan yang diterima daripada pihak PPKT Kampus Kesihatan yang mana sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Aktiviti pengagihan telah tamat pada pukul 12:00 tengahari , 10 Jun 2018.

Terima kasih kepada penyumbang dan seluruh tenaga kerja yang menjayakan program ini. Adalah diharapkan agar PPKT dapat mengadakan lebih banyak program-program khidmat komuniti di masa hadapan.

Tech Talk

Coffee Break : What is Office 365 Planner
planner
Date : 25 Mac 2018
Time : 9.30am - 11.00am
Venue : Bilik Latihan PPKT
by : En. Mohd Nazri B Mat Husin

Hubungi Kami

Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Faks : +609-7671060
Email:

Pautan Kerajaan

mygovmscmqa

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Modified: 11 Jun 2018.