al quran 4

Kubang Kerian, 20 Mei 2018 – Kelab PPKT Kampus Kesihatan telah melancarkan program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1439H. Program tersebut adalah bertujuan untuk membolehkan peserta tadarus menghayati bulan Ramadhan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan. Penyertaan dibuka kepada semua staf PPKT Kampus Kesihatan dan staf jabatan yang terdekat dengan PPKT. Program ini bermula daripada 20 Mei sehingga 13 Jun 2018. Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPKT ini berlangsung selama satu jam bermula jam 1:00 tengahari sehingga jam 2:00 petang.

Semoga matlamat program ini dapat mengangkat kemuliaan ayat suci Al-Quran dan diberikan ganjaran pahala yang berganda dari Allah SWT. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan program seumpama ini dapat di teruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.