Kubang Kerian, 26 April 2018 – Kelab PPKT Kampus Kesihatan telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sesi 2016/2018 di Dewan Kuliah 1, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangkan semua maklumat berkenaan pendapatan, perbelanjaan dan juga aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2016 hingga 2018.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan daripada Penasihat Kelab iaitu Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan, Tn Hj Nik Nashron Ab Aziz. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Kelab , En Solahasni Abd Aziz. Dalam ucapannya, beliau begitu menekankan konsep ta’awun iaitu konsep tolong menolong di dalam mengerjakan kebaikan tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Beliau amat berharap semua staf dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian tidak kira masa dan tempat.

IMG 4438

Acara seterusnya ialah pengesahan minit AGM lepas dan pembentangan laporan kewangan dan aktiviti sepanjang tahun 2016 hingga 2018. En Solahasni seterusnya, secara rasmi telah membubarkan AJK Kelab PPKT Kampus Kesihatan 2016/2018.

Perlantikan ahli jawatankuasa Kelab PPKT Kampus Kesihatan bagi sesi 2018/2020 diteruskan dengan mengambil kira undian daripada semua staf yang hadir.

Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari dengan di akhiri dengan jamuan ringkas kepada semua staf.

Adalah diharapkan jentera AJK Kelab yang baru dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

IMG 4426

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.