Kota Bharu, 7 April 2018 – Satu kejohanan Bowling peringkat Jabatan PPKT telah berlangsung di Pacific Bowl , KB Mall anjuran NEGOPPKT dengan kerjasama Kelab PPKT Kampus Kesihatan. Aktiviti ini telah di sertai oleh hampir 50 orang staf daripada PPKT Kampus Kesihatan. Acara bermula pada jam 10:30pagi sehingga 1:30 tengahari.

Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En Nareeman Shah selaku wakil NEGOPPKT. Seterusnya penerangan ringkas di berikan kepada semua peserta sebelum kejohanan di mulakan.

ajk

Sebanyak lebih sepuluh kumpulan telah berentap untuk memenangi hadiah yang di tawarkan. Antara hadiah yang di tawarkan adalah , jatuhan pin terbanyak kategori berkumpulan, jatuhan pin terbanyak kategori individu lelaki dan jatuhan pin terbanyak kategori individu perempuan. Sebanyak 15 hamper disediakan kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada mereka yang berjaya!

pemenang1

pemenang2

pemenang3

Adalah diharapkan agar aktiviti bowling ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi staf PPKT Kampus Kesihatan kerana selain dapat mencungkil bakat terpendam, ianya juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara sesama staf.

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.