Kubang Kerian, 1 Julai 2018 – Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kampus telah diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan. Majlis ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail. Majlis turut sama dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan isteri Profesor Dr Azlina Harun @ Kamaruddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Hjh. Selasawati Hj. Ghazali, Ketua-ketua Jabatan dan tetamu-tetamu jemputan.

pic1

Sepertimana penganjuran majlis yang sama tahun lepas, Kampus Kesihatan masih mengekalkan konsep hiasan gerai-gerai yang di wakili oleh Pusat Tanggungjawab yang mana ,pada gerai tersebut, disediakan juadah hari raya yang pelbagai. Kemeriahan suasana hari raya diterjemahkan pada hiasan gerai masing-masing dengan idea daya cipta kreatif yang digabungkan antara pelbagai lapisan staf.

PPKT juga tidak terlepas peluang untuk terlibat dalam penyertaan hiasan gerai, disamping amanah yang diberkan untuk menyajikan hidangan soto yang lazat kepada semua warga Kampus Kesihatan. PPKT telah mengetengahkan konsep hiasan rumah kampung bertemakan “kemeriahan Aidilfitri di kampung halaman”. Hasil kerjasama gabungan tenaga daripada staf PPKT telah berjaya menaikkan nama PPKT sehingga dinobatkan sebagai pemenang gerai terbaik di dalam majlis tersebut. Hadiah berupa hamper telah di sampaikan oleh Pengarah Kampus, Prof Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim. Tahniah di ucapkan kepada seluruh warga PPKT Kampus Kesihatan diatas kemenangan ini. Adalah di harapkan agar, aktiviti sebegini akan merapakan lagi hubungan silaturahim antara sesama staf.

pic2

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.