Kaunter Khidmat Pelanggan

KUBANG KERIAN, 1 Jun – Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan hari ini dengan rasminya telah memulakan perkhidmatan disemua jabatan melibatkan semua staf kampus kesihatan secara berperingkat mengikut Garis Panduan Prosedur Operasi Kemasukan Staf yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Pagi ini bertempat di Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran satu taklimat khas berhubung dengan Garis Panduan Pembersihan dan Disinfeksi Covid-19 telah diadakan sebagai langkah pencegahan tambahan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di peringkat kampus. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) antara jabatan yang tidak terkecuali dalam taklimat ini.

Unit Telefonis

Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Kampus Kesihatan, melibatkan semua seksyen dan unit juga tidak ketinggalan dalam turut sama mengambil maklum tentang arahan dan garis panduan ini dalam memulakan operasi pada hari ini. Beberapa unit telah dibuka secara umum bagi menyalurkan perkhidmatan dan sokongan teknikal yang terbaik kepada seluruh warganya,  antaranya adalah bahagian Perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Klinik P.C.

Namun bergitu, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) yang memulakan operasi pada hari ini masih mengekalkan had kapasiti staf yang dibenarkan kerja mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan jabatan.

Aplikasi

Warga kampus diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa berurusan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan serta di semua unit dan seksyen Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT).

 

Teks: Marini Zainon

Suntingan: Mohd Hisham M Yacob

Foto Ihsan: Zawdi Badruddin, Nik Khuzaimah Nik Ab. Wahab dan Nor Marlisa Saudi

 

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.