001

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 09 JULAI, 2020. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan antara jabatan yang tidak terkecuali dalam mengikut Prosedur Operasi Standard Am Dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Penjarakan sosial menjadi amalan utama di Pusat Pengetahuan dan Komunikasi untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

002 004

Oleh itu beberapa langkah-langkah telah diambil bagi mematuhi saranan keperluan am tempat kerja antaranya adalah, pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke bangunan pejabat perlu diwajibkan untuk kakitangan dan pelajar, memastikan susunan meja dan kedudukan kerusi mematuhi penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya 1 meter, menghadkan perkongsian meja dan telefon, serta kawal kemasukan pekerja ke pantri, ruang solat dan ruang rehat, menyediakan kelengkapan kebersihan seperti topeng muka, cecair pembersih tangan (hand sanitizer) yang mencukupi terutama di pintu masuk dan keluar, menampal notis tanda peringatan untuk menggalakkan cucian tangan yang kerap serta elakkan aktiviti bersalaman dan memastikan semua aktiviti mesyuarat/seminar/bengkel/kursus dijalankan secara video conferencing atau webex.

003

Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard Am Dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semasa tempoh pasca PKP ini diharapkan membantu semua kakitangan dan pelajar bagi memastikan proses perkhidmatan dan servis di Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kesihatan tidak terganggu dan semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

Teks & gambar : Marini Zainon

Suntingan : Mohd Hisham M Yacob

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.