AGM 001

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 OGOS, 2020. Bertempat di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, satu Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PPKT telah berlangsung dengan kehadiran hampir 80 orang ahli kelab termasuk Jawatankuasa Tertinggi Kelab PPKT USM KK.

AGM 002

Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah bagi membentangkan pencapaian Kelab PPKT USM Kampus Kesihatan bagi tahun 2018 - 2020. Mesyuarat Agung Tahunan PPKT USM KK telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi dengan menyelitkan pelbagai agenda penting mesyuarat. Mesyuarat didahului dengan ucapan dari penasihat, Tn Hj Nik Nashron Ab Aziz. Mesyuarat ini turut membentangkan maklumat yang berkaitan dengan laporan aktiviti tahunan, laporan kewangan dan senarai usul dari ahli kelab serta pengesahan minit mesyuarat AGM 2018 oleh mantan pengerusi kelab PPKT, En Nareeman Shah Che Muhamad.

AGM 003

Mesyuarat juga turut diselitkan dengan acara penyampaian cenderahati kepada AJK lama sebagai tanda penghargaan serta diakhiri dengan aktiviti kemuncak mesyuarat iaitu aktiviti pemilihan AJK baru Kelab PPKT bagi tahun 2020-2022. Dengan perlantikan baru AJK kelab, diharap kelab dapat mencapai objektif penubuhan Kelab PPKT ini seterusnya menyokong misi dan visi Jabatan PPKT secara amnya di tahun yang mendatang.

 

Teks & gambar : Marini Zainon

Suntingan : Mohd Hisham M Yacob

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.