USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 SEPTEMBER, 2020. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kesihatan mewarnai aktiviti bulanan jabatan kali ini dengan aktiviti Townhall dan Technology Update.

Aktiviti Townhall dan Technology Update bertempat di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Peruabatan (PPSP) berjalan dengan jayanya bemula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

townhall0920

Agenda Townhall kali ini memperincikan tentang pemurniaan SKT oleh Ketua Jabatan Tuan Haji Nik Nashron Bin Ab Aziz, manakala bagi tajuk Memancu Sasaran PPKT Bagi Fasa Kedua 2020 disampikan oleh Ketua Bahagian Puan Zamilah Binti Hussin.

Menurut Puan Zamilah, “PPKT USM KK boleh melangkah lebih jauh lagi dengan adanya projek-projek terkini dan staf-staf yang komited serta mahir dalam bidang tugas masing-masing”.

“work flow application sangat penting dalam sesebuah organisasi agar segala urusan organisasi dapat berjalan lancar dan semua ini dapat diuruskan walau dalam jarak jauh dengan menggunakan teknologi terkini” ujar penceramah khas iaitu En. Ismahar Ismail dari Ismahar Entrepreneur dalam agenda Townhall Technology Update : Process Maker, Open Sources Work Flow Application.

Ishamar0920

Aktiviti PPKT kali ini turut menyelitkan satu acara istimewa iaitu acara penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan perpisahan kepada Pn Faridah Mohamad yang telah ditukarkan ke UKAST pada awal bulan ini.

Che Dah0920

 

Teks: Marini Zainon

Foto Ihsan: Rahayu Mat Daud dan Wan Mohd Faizal Wan Azman

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.