Pengenalan

Seksyen Pengurusan Pusat Data, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi Kampus Kesihatan bertanggungjawab kepada Pusat Data yang merupakan lokasi penempatan aset yang paling penting untuk perkakasan ICT dan aplikasi bagi Kampus Kesihatan dan Hospital USM

Objektif

Memastikan Pusat Data mempunyai keboleh percayaan dari segi ketersediaan, keselamatan, kapasiti dan kesinambungan perkhidmatan untuk menyokong urusan dalam talian USM

Skop

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk Perkhidmatan Pusat Data dan Perkhidmatan Pangkalan Data

Perkhidmatan (tujuan)

Seksyen Pengurusan Data menyediakan perkhidmatan seperti berikut;

  • Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, aplikasi dan integrasi rangkaian mengikut spesifikasi yang ditetapkan secara Server Hosting
  • Menyedia, mengurus, mengoperasi dan memantau pengoperasian perkhidmatan laman web bagi PTJ/Bahagian/Jabatan secara Web Hosting
  • Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan plan pemulihan bencana bagi setiap pelayan yang dipertanggungjawabkan
  • Menyelaras dan mengurus ciri-ciri keselamatan asas (Baseline Security)
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang berkaitan dengan komputer pelayan
  • Memastikan operasi dan fasiliti Pusat Data beroperasi dengan lancar 24 x 7 dan 365 hari
  • Mengkaji dan merancang keperluan infrastruktur ICT untuk operasi sistem, perkakasan dan perisian
  • Menyelia dan melaksanakan prosedur operasi Pusat Data bagi memastikan operasi Pusat Data adalah jelas, dipatuhi dan di laksana dengan lancar.
  • Menjalankan pengujian tegasan (stress testing) dan pengujian bebanan tinggi (load testing) bagi menentukan ketahanan, kestabilan dan kesediaan sistem.
  • Menjalankan pemantauan bagi peralatan dan perkhidmatan berkaitan prestasi pelayan di Kampus Kesihatan.
  • Menyediakan dan mengemas kini dokumentasi serta menjalankan audit inventori perkakasan di Pusat Data untuk rujukan penambahbaikan.

 

Perkhidmatan Pangkalan Data

  • Menyediakan pipeline pemprosesen data bagi tujuan analitik dan reporting
  • Menyediakan konsultasi ETL (extract transform load) data.
  • Menjalankan pemantauan perkhidmatan berkaitan prestasi pangkalan data sistem - sistem Hospital USM.
  • Menyediakan pangkalan data, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti, backup & recovery dan replikasi pangkalan data
  • Menyediakan keperluan Pangkalan Data berasaskan MySQL dan MSSQL untuk aplikasi Universiti dan Hospital USM.
  • Menyediakan ruang storan, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti dan kesinambungan storan
  • Merancang, mengkaji dan membuat analisis keperluan pengguna dari segi pemulihan bencana dan melaksanakan perancangan pemulihan bencana bagi memastikan operasi sistem-sistem berjalan dengan gangguan yang minima
  • Merancang, mengkaji dan membuat analisa keperluan pengguna dari segi pengurusan pangkalan data secara berpusat universiti

 

Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-767 3000  Faks : +609-767 1060

Disclaimer : Communication and Technology Knowledge Center, Universiti Sains Malaysia Health Campus is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.