Akaun Identiti USM (Emel/CampusOnline/e-Learning)
 
Soalan 1 :
Saya terlupa kata laluan emel/CampusOnline. Bolehkah saya mendapatkan semula kata laluan itu? 
Jawapan 1 :
Sila hubungi atau datang ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing pada waktu operasi untuk mendapatkan kata laluan sementara. Anda perlu menukar kata laluan sementara tersebut kepada kata laluan yang baru di https://self.usm.my.
 
Nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus adalah seperti di bawah:
 

Kampus

No. Telefon

Alamat Emel

Induk

04-6534400

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

IPPT

04-5622111

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kejuruteraan

04-5995333

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kesihatan

09-7671111

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
Soalan 2 :
Bilakah waktu operasi Kaunter ServisDesk? 
Jawapan 2 :
Waktu operasi Kaunter ServisDesk adalah berbeza mengikut kampus seperti yang tertera di bawah:
 

Kampus

Hari Bekerja

Waktu Operasi

Waktu Rehat

Induk/IPPT/

Kejuruteraan

Isnin – Khamis

8.10 pagi - 5.00 petang

1.00 tengah hari - 2.00 petang

Jumaat

8.10 pagi - 5.00 petang

12.15 tengah hari - 2.45 petang

Kesihatan

Ahad – Rabu

8.30 pagi - 4.30 petang

1.00 tengah hari - 2.00 petang

Khamis 8.30 pagi - 3.30 petang

1.00 tengah hari - 2.00 petang

Kaunter ditutup pada Hari Kelepasan Am (mengikut negeri masing-masing)
 
Soalan 3 :
Bagaimanakah cara untuk menukar kata laluan emel/CampusOnline sedia ada? 
Jawapan 3 :
Anda   boleh   menukar   kata   laluan    semasa   anda   kepada   kata   laluan   yang    baru   di
https://self.usm.my.
 
Soalan 4 :
Bagaimanakah cara untuk saya mencipta/mendapatkan emel baru pelajar/staf? 
Jawapan 4 :
Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :
  1. Sila kenalpasti No Pin yang dilampirkan bersama surat tawaran.

A. Staf

i. No Pin dibekalkan  oleh  Bahagian  Sumber  Manusia/Pusat  Pengajian/Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO). Pecahan kategori staf adalah seperti jadual di bawah).

ii. Permohonan emel baru bagi Staf Sandaran masih menggunakan borang (sila rujuk Pusat Pengajian masing-masing).

B. Pelajar

i. No Pin dibekalkan menerusi laman web mengikut klasifikasi pelajar :

Pelajar Ijazah Pertama : layari https://pohon.usm.my

Pelajar Ijazah Tinggi : layari http://onlineips.usm.my/admission

ii. Permohonan emel baru bagi Pelajar Jangka Pendek dari Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT) perlu merujuk terus ke pejabat-pejabat berkenaan.

2. Layari https://self.usm.my

3. Pilih Register New ID.

 Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan No Pin, sila hubungi Pusat Tanggungjawab PTJ) seperti di bawah :
 

Status

Pusat Pengajian/PTJ/ Bahagian

No Telefon

Pelajar Ijazah Pertama

Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik

04-6533328

Pelajar Ijazah Tinggi

Unit Pengambilan Pelajar, Institut Pengajian Siswazah

04-6532946

Staf Bukan Akademik dan

Staf Akademik di Pusat

Tanggungjawab (selain

Pusat Pengajian)

Bahagian Sumber Manusia

04-6579107

Staf Akademik di Pusat

Pengajian

Pusat Pengajian masing- masing

 

Staf Projek

Pejabat Pengurusan dan

Kreativiti Penyelidikan

(RCMO)

04-6536558 / 04-6536557

 
Soalan 5 :
Saya tidak dapat login dengan menggunakan username dan password yang asal dan saya yakin telah memasukkan kata laluan yang betul. Apakah yang perlu saya lakukan? 
Jawapan 5 :
Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :
  1. Pilih ‘Clear History & Cache’ dan ‘Cookies & Site Data’ pada web browser anda mengikut jenis web browser yang anda gunakan samada Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer atau Microsoft Edge.
  1. Restart web browser berkenaan dan login semula. Sila pastikan anda menaip ID emel dengan betul dan pastikan tiada spacing selepas @student.usm.my atau @usm.my.
 
Emel
 
Soalan 1 :
Saya baru mendaftar emel di https://self.usm.my, tetapi terdapat ralat berkaitan mailbox semasa
login (Error – something when wrong). 
Jawapan 1 :
Masalah ini adalah disebabkan oleh mailbox yang belum wujud. Untuk makluman, mailbox akan dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan identiti.
Jika masih mendapat ralat yang sama selepas 24 jam, sila hubungi kaunter ServisDesk kampus masing-masing atau membuat aduan secara atas talian di Portal https://sd.usm.my
 
 
E-Learning
 
Soalan 1 :
Saya mempunyai masalah untuk akses ke portal e-Learning. Apakah yang perlu saya lakukan? 
Jawapan 1 :
Anda perlu pastikan alamat url portal e-Learning adalah betul seperti di bawah :
 

Status Pelajar

Portal e-Learning

Pelajar Sepenuh Masa

https://elearning.usm.my/

Pelajar Jarak Jauh

https://elearnpppjj.usm.my/pppjj/

 Jika masih menghadapi masalah yang sama, sila hubungi kaunter ServisDesk kampus masing- masing atau membuat aduan secara atas talian di portal https://sd.usm.my

 
 
Perkhidmatan Kemudahan Wifi (USMSecure dan USMWireless)
 
Soalan 1 :
Bolehkah saya mengaktifkan sambungan wifi di laptop/pc/smartphone/tablet saya? 
Jawapan 1 :
Boleh, jika anda seorang staf atau pelajar yang masih aktif.
 
Soalan 2 :
Saya bukan staf atau pelajar. Bolehkah saya menggunakan kemudahan wifi USM? 
Jawapan 2 :
Sila hadir ke Kaunter ServisDesk bersama surat    sokongan daripada pihak Universiti untuk mendapatkan login id USMWireless.
 
Soalan 3 :
Apakah perbezaan diantara USMSecure dan USMWireless? 
Jawapan 3 :
 

USMSecure

USMWireless

Untuk kegunaan staf atau

pelajar yang masih aktif.

Untuk kegunaan pelawat atas jemputan USM, Pelajar Latihan

Industri atau Pelajar Pertukaran Antara Universiti

 

Kemudahan Perisian
 
Soalan 1 :
Apakah perisian yang boleh saya perolehi di kaunter ServisDesk? 
Jawapan 1 :
Sila hubungi Kaunter ServisDesk kampus masing-masing untuk senarai perisian yang dibekalkan
(nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus boleh dirujuk di atas).
 
 
Pembaikan Perkakasan ICT
 
Soalan 1 :
Adakah perkhidmatan membaiki peralatan ICT disediakan di ServisDesk? 
Jawapan 1 :
Sila hubungi Kaunter ServisDesk kampus masing-masing untuk maklumat lanjut (nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus boleh dirujuk di atas).
Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.