Fungsi Unit Kejuruteraan Sistem :
- Menentukan halatuju pembangunan aplikasi berkaitan bahasa pengatucaraan, pangkalan data dan integrasi semua aplikasi di bawah pengurusan PPKT Kampus Kesihatan
- Mengadakan perbincangan bersama pengguna bagi mendapatkan gambaran kasar keperluan dan skop aplikasi baru yang dimohon.
- Bertanggungjawab untuk mendapatkan persetujuan pihak pengguna sekiranya perlu sebelum membuat kajian dan spesifikasi sistem aplikasi
- Menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks
- Menyelaras sebarang rekabentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks
- Menyediakan URS (User Requirement Specification)mengikut persetujuan bersama dengan pengguna.
- Membina dan menyediakan struktur pangkalan data, data-flow-diagram, mock User Interface, process flow diagram berdasarkan URS untuk panduan Pasukan Pembangunan Sistem
- Menguruskan dan mengawal selia projek aplikasi yang dibangunkan dan diselenggarakan.
- Merancangkan dan melaksanakan perancangan strategik bagi menyelaras sistem aplikasi yang sedia ada dan akan dibangunkan.
- Menyediakan perancangan dan menaiktaraf sistem aplikasi dari segi pengoperasian dan pangkalan data.