Pada masa sekarang penyebaran dan jangkitan virus, spyware atau malware banyak melalui USB Flash Disk .


Flash Disk yang dijangkiti virus apabila disambungkan kepada komputer yang bersih (Tidak Ada Virus), dan pada komputer tersebut setting untuk

Autoplay @ Autorunnya Enable (Default), maka komputer tersebut akan dijangkiti oleh Virus, kecuali jika komputernya mempunyai update anti virus

terbaru yang mengenali virus tersebut (virus Pattern).


Untuk membuat Disable Autorun ialah dengan cara :
1. Klik Button Start -> Run @ Button Win + R

2. Taip gpedit.msc dan klik OK.
3. Klik pada User Configuration --> Administrative Templates --> System.

Shoot002

4. Double klik pada Turn Off Autoplay.

5. Klik option Enable.

6. Pada option Turn Off Autoplay on, pilih All drives.
7. Klik OK.

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.