Jika anda ingin mencantumkan fail pdf anda, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Pro.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan cantuman tersebut :

1. Buka perisian Adobe Acrobat Pro. Pilih File > Combine > Merge File Into Single PDF

2. Kemudian, pada paparan seterusnya, pilih butang "Add Files". Sila pilih fail-fail PDF yang anda kehendaki, dan tekan butang "Combine Files". Fail-fail anda akan di cantumkan oleh perisian ini. Masa yang di ambil bergantung kepada saiz fail PDF anda.

two

 3. Setelah selesai cantuman, anda akan dikehendaki untuk "Save As" fail cantuman tersebut. Sila lakukan proses tersebut bagi tujuan simpanan. Akhirnya, anda telah berjaya mencantum fail-fail PDF menjadi satu fail tunggal.

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.