UNIT ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) – HIS PPKT

OBJEKTIF / PENGENALAN UNIT

Unit Enterprise Architecture (EA) – Hospital Information System (HIS) diwujudkan untuk membantu dan menyokong aspirasi universiti dalam pelaksanaan Arkitektur Enterpris bagi mentransformasi sistem Pengurusan Hospital USM yang lebih cekap, produktif dan lebih berinovasi kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertujuan mengoptimumkan penyampaian pekhidmatan kepada masyarakat dan rakyat.

Objektif utama EA-HIS:

  1. Memastikan pembangunan dan pelaksanaan projek Enterprise Architecture (EA) di bawah skop Sistem Pengurusan Hospital (Hospital Information System - HIS) mempunyai hala tuju strategik, objektif dan matlamat (hasil) perkhidmatan yang sama kepada USM dan Hospital USM (HUSM) secara khususnya.
  1. Memastikan semua entiti di USM saling bergantung seperti struktur organisasi, proses bisnes, sistem maklumat, infrastruktur dan semua jabatan / unit di USM berupaya melaksanakan fungsi tertentu untuk menyokong objektif perkhidmatan HUSM dalam memenuhi keperluan pendidikan, pengajaran dan penyelidikan, perubatan dan kesihatan sejajar dengan matlamat, misi dan visi Universiti.

AHLI PASUKAN

Pasukan EA-HIS merupakan ahli Pasukan Teras Sekretariat HIS Hospital USM yang diterajui oleh Penyelaras Sistem Pengurusan Hospital, Prof Madya Dr. Azlan Husin dan Penasihat HIS iaitu Dr Arifin Marzuki Mokhtar serta ahli-ahli Pasukan lain terdiri dari staf Unit Kejururawatan, Unit Rekod Perubatan, Jabatan Bendahari dan pentadbiran HUSM selain staf Unit EA-HIS dari PPKT.

Ahli Pasukan EA-HIS terdiri daripada:

  1. Encik Wan Masran Wan Ahmad (Ketua Unit) - Pegawai Teknologi Maklumat (F44)
  2. Puan Zamilah Hussin - Pegawai Teknologi Maklumat (F44)
  3. Puan Nor Erma Nordin - Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
  4.         Puan Nor Marlisa Saudi - Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)

 

SKOP PERKHIDMATAN UNIT EA-HIS

Skop pembangunan dan pelaksanaan projek EA-HIS adalah mentransformasi sistem pengurusan hospital USM yang lebih cekap, produktif dan lebih berinovasi kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berdasarkan Metodologi 1GovEA bagi pelaksanaan EA di semua agensi awam. (Sila rujuk Rajah 1: Metodologi 1GovEA). Metodologi ini terdiri daripada lima (5) peringkat pembangunan ; setiap peringkat terdiri daripada objektif dan hasil yang ditetapkan dan disokong oleh templat dan peralatan untuk membantu pembangunan dan pelaksanaan tersebut mencapai sasaran di setiap peringkat.

4 komponen arkitektur utama adalah :

a. Arkitektur Bisnes

Memastikan pengurusan maklumat adalah bisnes semua orang dan bisnes adalah pemacu kepada perubahan di hospital USM. Proses kerja perkhidmatan kepada pesakit khususnya diperkasakan demi untuk menambahbaik proses kerja sedia ada supaya selari dengan matlamat dan visi universiti dimana keseluruhan landskap bisnes perkhidmatan perlu disediakan kepada pesakit HUSM dari segi struktur organisasi dan interaksi di antara strategi bisnes, matlamat, fungsi, proses dan keperluan maklumat.

b. Arkitektur Data

Data adalah aset kepada hospital USM, standard keselamatan data disediakan, data boleh dikongsi dan mudah dicapai. Menyediakan maklumat untuk pembangunan supaya data disimpan, disusun, bersepadu, diperolehi dan digunakan oleh aplikasi bagi menyokong operasi bisnes hospital USM.

c. Arkitektur Aplikasi

Menyediakan aplikasi yang mudah digunakan dan membangunkan aplikasi yang boleh digunakan merentasi unit, jabatan dan agensi. Aplikasi sistem yang saling berhubung dengan membantu menyediakan suatu set sistem dan aplikasi bagi menyokong operasi bisnes dalam hospital USM.

d. Arkitektur Teknologi

Memastikan aplikasi tidak terikat kepada sesuatu teknologi dan terdapat kesinambungan perkhidmatan apabila sistem penyampaian perkhidmatan hospital menghadapi gangguan. Teknologi yang membantu dan menyokong proses-proses bisnes dengan menentukan infrastruktur teknikal yang digunakan perlu menyediakan aplikasi dan data bagi menyokong proses bisnes dalam hospital USM.

RAJAH 1 : METODOLODI 1GOVEA

HIS

 

Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.