Rangkaian

  • Menyediakan dan Mengurus Infrastruktur rangkaian meliputi LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) dan WAN (Wide Area Network) yang selesa, tegar (robust), bolehpercaya (reliable) dan selamat (secure) untuk menyokong semua keperluan ICT lain dan WargaUSM amnya
  • Menyediakan capaian ke Rangkaian MYREN dan 1Gov*Net
  • Menyediakan capaian oleh pengguna di luar kampus ke rangkaian USMNet secara selamat melalui penggunaan VPN (Virtual Private Network)
  • Menyediakan dan mengurus keperluan rangkaian secara berwayar (wired) dan rangkaian tanpa wayar (wireless) untuk menyokong aktiviti USM
  • Menyediakan Pengurusan Alamat IP (Internet Protocol) dan Pendaftaran FQDN untuk keperluan peralatan dan perkakasan di dalam rangkaian
  • Menyediakan khidmat nasihat dari segi keperluan rangkaian di lokasi dan penyediaan spesifikasi keperluan untuk proses perolehan
  • Menyelaras kerja dan projek berkaitan rangkaian dengan Pusat Tanggung Jawab lain di USM seperti Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, PTPM dan sebagainya.
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan rangkaian
  • Penyelesaian aduan Perkhidmatan Rangkaian Servisdesk@PPKT>
  • Menyediakan Platform status rangkaian untuk rujukan WargaUSM (http://www.nettraffic.usm.my/USMNet.html)

Keselamatan ICT

  • Menyediakan dan Mengurus keperluan Endpoint peralatan dan perkakasan
  • Menyediakan dan Mengurus Infrastruktur Pengesahan melalui AD@USM (Active Directory) untuk rujukan semua perkhidmatan ICT
  • Menyediakan dan Mengurus keperluan Digital Certificate
  • Menyediakan dan Mengurus Penyelesaian Anti-Spam
  • Melaksanakan audit pada Pelayan dan Aplikasi berdasarkan insiden dan permohonan
  • Melaksanakan permohonan Senarai Hitam/Putih Laman Web dan Alamat E-mail
  • Melaksanakan pembersihan Malware pada perkakasan
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan Keselamatan ICT, Amalan Terbaik dan Etika penggunaan Sumber ICT
  • Penyelesaian aduan Perkhidmatan Keselamatan ICT Servisdesk@PPKT Menyediakan Platform Keselamatan ICT, untuk rujukan WargaUSM (http://infosec.usm.my)
  • Menyediakan Platform Facebook Keselamatan ICT untuk mempelbagaikan saluran komunikasi di (http://ls.usm.my/infosecfb)
  • Melakukan program kesedaran dan perlaksanaan polisi Keselamatan ICT USM.
  • Menyediakan dan mengurus infrastruktur SSO AD.
  • Menyediakan perkhidmatan pemulihan data.
  • Menyediakan dan mengurus pelayan tampalan.
  • Mempiawaikan dan melakukan “baseline configuration” kepada komputer dan pelayan.
  • Menyediakan perkhidmatan forensik analisis log atas keperluan universiti.
  • Penyelesaian aduan Perkhidmatan Keselamatan ICT Servisdesk@PPKT>
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-767 3000  Faks : +609-767 1060
Penafian : Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2018 by Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Unit Web Dan Multimedia. All rights reserved.